Thursday, July 19, 2012

adek, kakak

hm . hari ni aku nak share somthing, aku rindu kat adek@kakak angkat aku dulu bile tgk fb org ade adk angkat o kakak angkat rase jeles dan rase terkilan sbb saat aku bahagia dulu dah tak mcm skrg. aku sedih, aku rindu dorang semua :'( aku harap dorang baik2 jer.. 

Wednesday, July 18, 2012

Wahai Si Pemilik Hatiku :)

Wahai Si Pemilik Hatiku <3


''Jangan jadikan cinta kita fitnah tapi jadikan cinta kita fitrah''


Kita berjanji bukan sehidup semati tetapi mengikut syarat pergaulan yang kita fahami, awak faham saya dan saya faham awak, saya tak paksa awak buat apa yang saya suruh dan awak tak paksa saya buat apa yang awak suruh. Alhamdulillah sekarang kami tahu batas2 kami, kisah kami selanjutnya hanya berserah pada tuhan, jodoh semua ketentuan tuhan . Kita sedaya upaya berusaha ke jalan yg diredhaiNya. :)
Apa itu CINTA <3


"Cinta adalah pertalian kasih sayang yang merangkumi aspek spiritual,emosi,fizikal,intelektual dan sosial antara individu yang terlibatm di mana mereka saling menghargai nilai-nilai peribadi yang dimiliki dan memuliakan perhubungan yang wujud antara satu sama lain dengan penuh tanggungjawab.''


5 keCINTA yang hakiki :


1.CINTA kepada Pencipta Cinta
2.CINTA kepada Rasul dan Nabi
3.CINTA kepada Ibubapa
4.CINTA kepada Kawan-kawan, Saudara-mara, Masyarakat dan negara
5.CINTA kepada Ilmu dan Kecemelangan .


CINTA yang sebenar hanya satu iaitu perkahwinan,
CINTA berlaku selepas ijab qabul,
CINTA lepas kahwin itulah cinta hakiki,
CINTA yang bermaruah, bukan cinta murahan, inilah kemuliaan cinta dalam semua agama.


JANGAN JADIKAN CINTA KITA FITNAH !


CINTA adalah maruah manusia. Ia terlalu mulia .

:)

Aku tidak berharap untuk menjadi orang yang terpenting dalam hidupmu kerana itu merupakan permintaan yang terlalu besar bagiku. Aku hanya berharap suatu saat nanti jika kau melihatku .... Kau akan tersenyum dan berkata.. "Dialah orang yang selalu menyayangiku"

selagi masih bernafas


Selagi masih bernafas
Kan kupertahankan rasa cinta ini
Untuk mencintaiMu juga kekasihMu
Menegakkan Din selagi berdaya
Dengan segenap jiwa dan raga...

Selagi masih bernafas
Kan kuhargai insan yang menyayangiku
Setulus ikhlas hati
Kuingin mereka tahu
Betapa kuingin sekali
Menghabiskan sisa waktu bersama
Walau ia seketika cuma

Selagi masih bernafas
Kan kuhabisi setiap detik yang berbaki
Untuk terus memperbaiki diri
Mencari Nur menuju Ilahi
Walau ranjau penuh duri
Kuharus gagahi
Demi sebuah kehidupan yang lebih bererti...

Selagi masih bernafas
Kan kutagih kemaafan menyucikan diri
Dari insan-insan yang pernah aku sakiti
Pada insan yang pernah aku derhakai
Kesalnya aku tidak terperi
Mengenang banyaknya khilaf diri...

Selagi masih bernafas
Takkan ku berputus harap
Memohon keampunan dariMu Ya Ghafur
Semakin jelas kudengari panggilanMu
Namun sempatkanlah aku Ya Robbi
Meninggalkan zuriat sebagai pewaris diri
Yang bisa menyambung amalanku di sini
Buat tambahan bekalanku di rumahMu yang abadi...

if i knew it

Andai kau tahu betapa kasih dan sayang yang tumbuh
dan mengakar dihati ini datangnya dari dia dan hanya kerana dia,
andai kau tahu melaluimu ku kenal erti rindu,
melaluimu ku kenal makna sayang,
melaluimu ku fahami sebuah kesetiaan,
melaluimu ku teguhi segunung pengorbanan.
Ku ingin kau tahu betapa diri ini
amat menyayangimu biarpun
dirimu tiada lagi disisiku.
Izinkan diriku menyimpan segala memori yang tercipta,
dan terus menyayangimu dalam hati kerana ku percaya
"Aku masih ada kamu''
Ya Allah aku pasrah dan aku redha dengan perpisahan ini...

Di saat aku memerlukan



Ya Allah yang Maha Penjaga
Di saat aku kehilangan seseorang
Kau datangkan kepadaku seseorang sebagai ganti
Yang dapat menumpahkan kasih dan perhatian
Agar aku tidak merasa keseorangan

Ya Allah yang Maha Pengasih,
Di saat aku memerlukan seseorang
Kau datangkan kepadaku seorang teman
Berkongsi kegembiraan dan kesedihan
Setianya tiada tolok bandingan
Sedia berkorban harta dan perasaan

Ya Allah yang Maha Penyayang,
Di saat aku membutuhkan pedoman
Kau datangkan kepadaku
Seorang insan yang berpegang teguh kepada Al Quran
Memberi aku petunjuk jalan
Agar aku bisa kembali ke landasan iman

Ya Allah Yang Maha Pemberi Kekuatan,
Di saat aku menghadapi dugaan dan ujian
Kau datangkan kepadaku seorang insan
Yang meniupkan semangat dan sokongan
Agar aku tetap sabar dan bertahan
Meneruskan hidup dengan penuh ketabahan

Ya Allah yang Maha Pemberi
Di saat aku memerlukan sesuatu keperluan
Kau datangkan kepadaku seseorang
Yang menghulurkan tangan dan bantuan
Agar aku dapat meneruskan kehidupan
Dengan penuh rasa kecukupan

Ya Allah yang Maha Membuka
Di saat aku melakukan dosa dan kekhilafan
Kau temukan aku kepada seseorang
Yang telah menyentak mata hati dan perasaan
Agar aku sedar dari kesilapan
Untuk bertaubat mencari keampunan

Ya Allah yang Maha Penerima Taubat
Setelah aku tersedar dari kesilapan
Kau tidak datangkan kepadaku seseorang
Kerna Kau inginkan aku
Menyandarkan seluruhnya kepadaMU
segenap harapan dan pergantungan

Tuesday, July 17, 2012

wahai hati

tetibe jatuh airmata nie bile teringat kat akak :'( hmm, kenape besar sgt kasih sayang aku pada dia ? aku sendiri tak pasti wahai hati tolonglah aku.. tersimpan seribu duka dan luka dalam hati nie yg dah tersimpan lamaa, kenapa susah sgt untuk aku melupakan dia ya allah.. betapa aku sangat menyayanginya sehingga kini, mungkin sbb aku pena berjanji pada diri aku yg aku takkan lupakan dia sampai bile2, ya allah betapa sakitnye aku rase.. sbb kau aku terpakse berhenti blaja dan buat perkara yg tak patut, knape kau snggup mengkhianati kasih sayang aku akak ??? nina sayang akakkk ! hanya tuhan saja yg tahu.. hmm . nina dah jmpe peganti mcm mane nina sayang akak mcmtula nina sayang dia.. tapi masih samar2.. nina taknak jadi mcm dulu, nina sayang dia.. setiap kali nina teringat dia msti tringat akak.. taktahu knape.. sayang tu takbole dibuat main kalau silap langkah sakit hati, kecewa ! aku taknak jadi mcm dulu lagi, tolonglah hambamu ini ya allah.. :'( jatuh airmata ini......

kalau saya tahu

Kalau saya tahu begini sakitnya menyayangi seseorang,
Pasti saya takkan bagi kasih sayang saya untuk sesiapa,
Kalau saya tahu begini rasa sakitnya,
Pasti dari mula lagi saya takkan berharap,
Dan kalau saya tahu semua ni hanyalah dusta,
Pasti saya takkan biarkan diri ini senang terpedaya dan disakiti.~

hoho ~

kite takde hak nak halang seseorg untuk kawan dengan sape2, itu hak dia.. kite bukan sape2 untuk halang sedangkan ibubapa kita pun tak pena halang kita untuk kawan ngan sape2 yang penting kita tahu mana baik dan mana buruk. okenggg . -untuk diri sendiri :)

3 sekawan :)

alhamdulillah sekarang hidup kami aman tanpa org gila tu kat rumah, sekarang tinggal la kami 3 org nie.. mcm2 dugaan yg perlu kami terima mcm2 masalah smpai kami nekad nak benti kolej, duit nak bayar sewa uma pun separuh je mampu kami bayar kdg2 tak makan, makan pun ape yg ade kat umah.. duit assignment lagi.. fuhh.. tapi normal la name pun student kan, skrg susah senang kami tempuh bersama, aku tak kesa org nak cakap ape mmg dulu ramai yg taksuke aku kawan ngan dorg nie lagi2 ngan fiza tapi aku dorg takde hak nak tentukan dgn sape aku nak bkawan dorg cakap aku dah berubah, mmg aku ngaku aku dah brubah, bukan brubah jadi jahat cam korg tapi brubah kearah kebaikan takkan salah kot, sampi bile kite perlu jadi cmnie, nie la dgr sgt cakap org smpai org yg paling rapat pun da taknar dgr its ok laa.. skrg org cakap aku sombong, itu yg korg nak aku buat aku takkan jadi macam dulu. sekrg aku lebih suke byk diam dari berkata2 kalau silap kata kan ramai yg pk lain pulak. aku happy ngan hidup aku skrg, korg ngan cara hidup korg aku ngan cara hidup aku. k fullstop !


inilah kami bertiga fiza,aku,zaraa :)


Monday, July 16, 2012

serabot !

sejak akhir2 nie rase serabot jer, tension gler... taktahu laa nape, hm. nak dekat puase nie mcm2 masalah datang.. aaarrrggghhhh... niat di hati nak benti kolej sbb dah tak tahan ngan kolej sengal tu.. hohooiiii... ~

17.07 :)

hari ni 17 julai 2012 birthday Farah Shariza Happy birthday dear, may god bless you, love you so much ! <3 sedihh tahun nie tak dapat nak celebrate same tapi takpela yg pnting hari2 aku da wish kan, hm. jaga diri baik2 kat poli tu k, jgn buat yg bukan2, jangan tinggal solat, jangan tinggal makan wlupun puasa, jaga kesihatan, blaja rajin2 dan jangan lupa aku yg nun jauh disini k.. haha.. hm. aku mintak maaf tak dapat bagi hadiah yg berharga dan aku pun taknak kau mengharapn aku akan bagi hadiah tapi aku nak kau tahu hadiah yg paling berharga untuk kau adalah kasih sayang aku dan kasih sayang kau sebagai seorang sahabat untuk aku dan kau menghargai apa yg aku dah buat selama nie aku rasa tu pun dah cukup dan tak perlu nak bagi hadiah yg mahal kalau mahal tapi akhirnya persahabatan tak kemana pun tak guna jugakkan. tapi aku mintak maaf kalau aku bukan sahabay yg terbaik untuk kau tapi aku buat apa yg allah dah berikan kat aku, allah bagi aku sahabat yg baik mcm kau dan untuk sembuhkan hati aku yg pena luka dulu untuk menyayangi seseorang, aku cuma nak kau tahu aku sayang kau sangat2 cmne aku sayang kakak aku dulu, tapi sayang yg pernah hadir takkan pernah hilang mcmtu jer, so i hope this relationship forever k, this relationship because of god. kita pun taktau yg kita akan jadi sahabat, harap sgt sahabat nie dunia akhirat k.. walaupun selalu gado, setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. ok jaga diri baik2 ye, dgr cakap ibubapa, love yaa <3 :)