Monday, December 30, 2013

adakah aku akan kehilangan org yg paling aku sayang buat kali kedua ?????

aku tak tahu apa salah aku sampai di perlakukan sebegini, aku sayang dia aku dah anggap dia mcm adik beradik aku, aku tak tahu nak buat apa lagi, aku tertekan, aku stressssss!!! terlalu stressss!! Ya Allah apa perlu aku buat untuk pertahan kan semua ini??? aku tak sanggup, hati aku betul-betul sakit, hancur... dari dulu ak sanggup buat ape je, sanggup korbankan segalanya, dalam ramai-ramai kawan aku dia paling aku sayang, paling baik, susah senang kami bersama, sampai hati kau buat aku mcmni.. aku tak boleh terima apa yg berlaku, sbb org lain persahabatan kita musnah... aku tak sanggup, aku tak kuat lagi..... :'((

Wednesday, December 18, 2013

Di saat aku memerlukan..

Ya Allah yang Maha Penjaga
Di saat aku kehilangan seseorang
Kau datangkan kepadaku seseorang sebagai ganti
Yang dapat menumpahkan kasih dan perhatian
Agar aku tidak merasa keseorangan

Ya Allah yang Maha Pengasih,
Di saat aku memerlukan seseorang
Kau datangkan kepadaku seorang teman
Berkongsi kegembiraan dan kesedihan
Setianya tiada tolok bandingan
Sedia berkorban harta dan perasaan

Ya Allah yang Maha Penyayang,
Di saat aku membutuhkan pedoman
Kau datangkan kepadaku
Seorang insan yang berpegang teguh kepada Al Quran
Memberi aku petunjuk jalan
Agar aku bisa kembali ke landasan iman

Ya Allah Yang Maha Pemberi Kekuatan,
Di saat aku menghadapi dugaan dan ujian
Kau datangkan kepadaku seorang insan
Yang meniupkan semangat dan sokongan
Agar aku tetap sabar dan bertahan
Meneruskan hidup dengan penuh ketabahan

Ya Allah yang Maha Pemberi
Di saat aku memerlukan sesuatu keperluan
Kau datangkan kepadaku seseorang
Yang menghulurkan tangan dan bantuan
Agar aku dapat meneruskan kehidupan
Dengan penuh rasa kecukupan

Ya Allah yang Maha Membuka
Di saat aku melakukan dosa dan kekhilafan
Kau temukan aku kepada seseorang
Yang telah menyentak mata hati dan perasaan
Agar aku sedar dari kesilapan
Untuk bertaubat mencari keampunan

Ya Allah yang Maha Penerima Taubat
Setelah aku tersedar dari kesilapan
Kau tidak datangkan kepadaku seseorang
Kerna Kau inginkan aku
Menyandarkan seluruhnya kepadaMU
segenap harapan dan pergantungan

Selagi Aku Masih Bernafas..

Selagi masih bernafas


Kan kupertahankan rasa cinta ini
Untuk mencintaiMu juga kekasihMu
Menegakkan Din selagi berdaya
Dengan segenap jiwa dan raga...

Selagi masih bernafas
Kan kuhargai insan yang menyayangiku
Setulus ikhlas hati
Kuingin mereka tahu
Betapa kuingin sekali
Menghabiskan sisa waktu bersama
Walau ia seketika cuma

Selagi masih bernafas
Kan kuhabisi setiap detik yang berbaki
Untuk terus memperbaiki diri
Mencari Nur menuju Ilahi
Walau ranjau penuh duri
Kuharus gagahi
Demi sebuah kehidupan yang lebih bererti...

Selagi masih bernafas
Kan kutagih kemaafan menyucikan diri
Dari insan-insan yang pernah aku sakiti
Pada insan yang pernah aku derhakai
Kesalnya aku tidak terperi
Mengenang banyaknya khilaf diri...

Selagi masih bernafas
Takkan ku berputus harap
Memohon keampunan dariMu Ya Ghafur
Semakin jelas kudengari panggilanMu
Namun sempatkanlah aku Ya Robbi
Meninggalkan zuriat sebagai pewaris diri
Yang bisa menyambung amalanku di sini
Buat tambahan bekalanku di rumahMu yang abadi...

Sahabat :'((








SAHABAT ~

>
Darimulah ku temukan erti sebuah persahabatan
Engkau hadir temani hari-hariku
Saat sedih mahupun bahagia
Lalui hari bersamamu
Ingatlah kala itu sahabat
Aku bergurau senda bersamamu
Namun apa semua ini harus selamanya ?
Akankah kita kan selalu bersama?
Persahabatan kala bersamamu
kan selalu tersimpan di benakku
Namun kini aku dan dirimu terpisah oleh waktu
Janji yang pernah kita ucapkan di masa lalu
kan terus teringat dalam ingatanku
Ingatlah wahai sahabat ku selalu mengenangmu
Tentang semua kenangan itu
Andai kau tahu sahabat harapanku untuk tetap bersamamu
Namun semuanya telah jadi kenangan terindah bagiku sahabat...



Seorang sahabat ialah seseorang yang...
tertawa serta menangis dengan Inspirasi,
Seseorang yang meminjamkan tangan untuk membantu,
meski sahabat mungkin tak selamanya,
Dan mereka tak mungkin berakhir bersama-sama,
kenangan persahabatan sejati kan bertahan selamanya.
Seorang sahabat bukan bayangan atau hamba
Tapi seseorang yang memegang
sepotong seseorang di dalam hatinya.
Seseorang yang selalu berbagi senyum,
Seseorang yang mencerahkan hari mu

Puisi Sahabat sejati

kian lama hidup yang ku jalani
selalu bersama mu sahabat ku
susah sedih senang yang ku rasakan
bersama mu sahabat ku

sahabat
begitu banyak kenangan yang kita lalui
ke bahagian yang selalu kita rasa bersama
namun musnah segalanya

sahabat
kini kau telah pergi meninggalkan ku
meninggalkan semua kenangan kita
menyimpulkan sebuah air mata
yang terjatuh di pipi ku

sahabat
meski kini kita tak bersama
meski kita telah berbeza kehidupan
namun kita tetap satu dalam hati dan sayang
kerana kau sahabat sejati ku

selamat tinggal sahabat ku
selamat jalan sahabat sejati ku
kasih sayang mu kan selalu satu di hati ku
selamanya....

Tuesday, December 17, 2013

ikhlas dari hati

Assalamualaikum. Salam sejahtera, sudah lama tak update blog.. apa yg nak di ceritakan harini adalah tentang seseorang yg paling bermakna dalam hidup aku, susah untuk aku cerita kerana ini berdasarkan apa yg hati aku rasa, cukup sudah selama ni aku kecewa, menangis sekarang aku kuatkan hati untuk terus bangkit berdiri! Syukur alhamdulillah aku masih bernafas harini, baru lepas pulang dari hospital dan mengalami beberapa penyakit tetapi alhamdulillah dapat di elakkan. mungkin nanti akan ke hospital lagi. aku terlalu stress tekanan menguasai diri ini yg menyebabkan pernafasan aku sukar untuk terus bernafas, dan juga selalu pitam, terima kasih diucapkan kpd semua kawan2 yg banyak support aku. aku redha kalau ini ketentuan yg dah ditakdirkan olehNya. Apa yg aku nak cerita adalah seseorang yg dahulunya bergelar sahabat, nama dia Farah Shariza dan aku panggil dia dengan panggilan Fatin. semua org tahu aku terlalu rapat dan terlalu baik dengan dia. Demi Allah aku tak sangggup memutuskan persahabatan ini tapi aku terpaksa, aku nak elakkan dari hati aku terus disakiti biarlah aku yg merasa sakitnya sendiri daripada aku terus terseksa sebegini, Ya Allah hanya Tuhan je yg tahu betapa hancur dan sakitnya hati ini. Banyak pengorbanan yg aku lalui selama rapat dengan dia, banyak juga benda yg dia tak tahu. aku sanggup buat apa je untuk tgk dia bahagia dan gembira tapi dengan apa yg aku buat selama ni dia tak hargai, dia anggap aku terpaksa dan tak ikhlas, lama juga salah faham dan bertengkar dengan dia adalah nak masuk 3 minggu, mulanya dah baik lepas gaduh balik aku tak tahu kenapa dia dah berubah dia dah tak macam dulu, sejak dia kenal dengan seseorang lelaki dia terus berubah dia jadi lain, dia sanggup putuskan hubungan persahabatan kami sebab lelaki tu, dia terlalu percaya kata2 lelaki tu berbanding aku, dia tak fikir siapa aku, dia buat aku seolah2 aku ni bukan siapa2, yaa memang banyak benda aku berkorban utk dia, segalanya, aku sanggup ikut dia hantar umi dia balik poli tapi selepas itu dia buat aku mcmni dia cakap aku tak ikhlas semua, apa yg dia sebenarnya mahukan aku pun tak tahu, aku dah taknak ungkit lagi, dia ada otak dia boleh fikir. dari dekat kolej sampai sekarang dia buat aku skait hati, dia mainkan perasaan aku dia tak tahu ke aku sayang dia??? kenapa tergamak dia buat aku mcmni. kalau betul dia sayang aku dia tak duduk diam mcmni, mcm semua salah dia lempar kat aku. dia terlalu percaya org lain dari aku dia back up org lain dari aku. aku anggap dia macam adik beradik aku sendiri, aku terlalu sayang dia. aku sakit semua sebab terlalu stress dengan masalah ni, aku tak tahu nak buat apa lagi segalanya aku serahkan padaNya. Aku berdoa agar dia bahagia selalu. jika aku tiada lagi ingatlah aku dalam doamu. doamu sentiasa mengiringi. doakan kesihatan aku wahai kawan2 ku. akhir kata Fi hifzillah. "persahabatan itu tak seindah yg kita sangka kan dan kita harapkan jika ada pelangi tak mungkin ada ribut" setakat ni coretan hati aku. Assalamualaikum. i miss old moment with u. :'((