Monday, June 6, 2011

REDHA


Hidup ini,
penuh dengan tanda tanya,
tidak kira dimana pun,
tapi yang pasti kita perlu redha
kalau itu sudah kehendaknya...

Tidak ada gunanya menangis,
kerana walau menangis darah sekalipun
ia tidak akan berubah sepenuhnya,
sebab itu kita harus redha...

Kita selalu bertanya,
apakah maksud semua ini,
kerana sesetengah orang tidak sanggup mengharungi
rintangan ini, seperti aku juga yang hanya bertemankan airmata,
tapi pada ketika ini kita harus kuatkan semangat
walau apapun terjadi...

Kerana ini semua ada hikmahnya,
hanya tuhan saja yang mengetahui,
kita hanya mampu berdoa dan minta petunjuk dariNya,
agar menujukkan jalan yang benar...

Oleh itu kita harus redha
apa yang terjadi dimasa sekarang,
kerana dimasa akan datang
kita tak tahu apakah yang akan terjadi...

No comments:

Post a Comment