Sunday, June 27, 2010

kegembiraan orang beriman ketika hari akhirat

saya cuma hanya nak berkongsi cerita ini ketika saya sedang membaca paper saya terbaca tentang artikal ini dan saya berminat... mari kita sama2 membacanya..

Firman Allah SWT yang bermaksud: kemudian (ingatlah keadaan yang berlaku) apabila datang suara jeritan yang dahsyat. Pada hari seseorang itu lari dari saudaranya. Dan ibunya serta bapanya,dan isterinya serta anak2nya,kerana tiap2 seorang dari mereka pada hari itu,ada perkara2 yang cukup untuk menjadikannya sibuk dengan hal dirinya sahaja. Muka (orang2 yang beriman) pada hari itu berseri2,tertawa,lagi bersuka ria,dan muka (orang2 yang ingkar) pada hari itu penuh berdebu,diliputi oleh warna hitam legam dan gelap gelita. Mereka itu ialah orang2 yang kafir,yang derhaka.(Abasa:33-42)

Allah SWT menerangkan bahawa manusia ketika itu dibahagi kepada du golongan:
-Golongan yang sentiasa tersenyum,riang gembira seperti orang yang bertemu kekasihnya. Mereka itu adalah orang yang benar2 percaya kepada kebenaran dan mengamalkannya.
-Golongan yang mukanya berdebu,ditutupi asap hitam. Mereka adalah penentang Allah SWT dan rasul-Nya,menolak kebenaran yang dibawa dan enggan berbuat baik sesuai dengan perintah islam.

No comments:

Post a Comment