Tuesday, December 17, 2013

ikhlas dari hati

Assalamualaikum. Salam sejahtera, sudah lama tak update blog.. apa yg nak di ceritakan harini adalah tentang seseorang yg paling bermakna dalam hidup aku, susah untuk aku cerita kerana ini berdasarkan apa yg hati aku rasa, cukup sudah selama ni aku kecewa, menangis sekarang aku kuatkan hati untuk terus bangkit berdiri! Syukur alhamdulillah aku masih bernafas harini, baru lepas pulang dari hospital dan mengalami beberapa penyakit tetapi alhamdulillah dapat di elakkan. mungkin nanti akan ke hospital lagi. aku terlalu stress tekanan menguasai diri ini yg menyebabkan pernafasan aku sukar untuk terus bernafas, dan juga selalu pitam, terima kasih diucapkan kpd semua kawan2 yg banyak support aku. aku redha kalau ini ketentuan yg dah ditakdirkan olehNya. Apa yg aku nak cerita adalah seseorang yg dahulunya bergelar sahabat, nama dia Farah Shariza dan aku panggil dia dengan panggilan Fatin. semua org tahu aku terlalu rapat dan terlalu baik dengan dia. Demi Allah aku tak sangggup memutuskan persahabatan ini tapi aku terpaksa, aku nak elakkan dari hati aku terus disakiti biarlah aku yg merasa sakitnya sendiri daripada aku terus terseksa sebegini, Ya Allah hanya Tuhan je yg tahu betapa hancur dan sakitnya hati ini. Banyak pengorbanan yg aku lalui selama rapat dengan dia, banyak juga benda yg dia tak tahu. aku sanggup buat apa je untuk tgk dia bahagia dan gembira tapi dengan apa yg aku buat selama ni dia tak hargai, dia anggap aku terpaksa dan tak ikhlas, lama juga salah faham dan bertengkar dengan dia adalah nak masuk 3 minggu, mulanya dah baik lepas gaduh balik aku tak tahu kenapa dia dah berubah dia dah tak macam dulu, sejak dia kenal dengan seseorang lelaki dia terus berubah dia jadi lain, dia sanggup putuskan hubungan persahabatan kami sebab lelaki tu, dia terlalu percaya kata2 lelaki tu berbanding aku, dia tak fikir siapa aku, dia buat aku seolah2 aku ni bukan siapa2, yaa memang banyak benda aku berkorban utk dia, segalanya, aku sanggup ikut dia hantar umi dia balik poli tapi selepas itu dia buat aku mcmni dia cakap aku tak ikhlas semua, apa yg dia sebenarnya mahukan aku pun tak tahu, aku dah taknak ungkit lagi, dia ada otak dia boleh fikir. dari dekat kolej sampai sekarang dia buat aku skait hati, dia mainkan perasaan aku dia tak tahu ke aku sayang dia??? kenapa tergamak dia buat aku mcmni. kalau betul dia sayang aku dia tak duduk diam mcmni, mcm semua salah dia lempar kat aku. dia terlalu percaya org lain dari aku dia back up org lain dari aku. aku anggap dia macam adik beradik aku sendiri, aku terlalu sayang dia. aku sakit semua sebab terlalu stress dengan masalah ni, aku tak tahu nak buat apa lagi segalanya aku serahkan padaNya. Aku berdoa agar dia bahagia selalu. jika aku tiada lagi ingatlah aku dalam doamu. doamu sentiasa mengiringi. doakan kesihatan aku wahai kawan2 ku. akhir kata Fi hifzillah. "persahabatan itu tak seindah yg kita sangka kan dan kita harapkan jika ada pelangi tak mungkin ada ribut" setakat ni coretan hati aku. Assalamualaikum. i miss old moment with u. :'((

No comments:

Post a Comment